PELANCARAN MINGGU BAHASA TAMIL 2012
STDC SEKOLAHKU..






SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini didaftarkan oleh kerajaan Negeri Johor pada tahun 1954 dan dimulakan dengan seorang guru dan 20 orang murid.Pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sebuah bangunan kecil . Bangunan ini juga digunakan sebagai tadika kanak-kanak ladang. Pada peringkat awal ( 1954 -1960), sekolah ini dikenali SJK (T) Ladang REM.DIVISION 1, ULU TIRAM, JOHOR.

   Dengan daya usaha dan tanggungjawab guru-guru yang tidak berbelah bahagi sekolah ini telah menampakkan peningkatan dalam tahun 1958. Dalam tahun ini, jumlah murid telah meningkat dan bilangan guru telah bertambah kepada empat orang. Pada tahun 1960, sekolah ini telah mengalami satu perubahan yang besar, kesan daripada pengambil alihan pengurusan ladang ini oleh pentadbiran baru. Pada masa malah Jabatan Pendidikan telah menyedari bahawa bangunan yang digunakan tidak lagi sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperuntukkan wang sebanyak RM 22 000 bagi tujuan membina bangunan baru yang lebih sesuai di tapak yang baru. Bangunan baru ini mempunyai empat buah bilik darjah yang boleh mengubahsuaikan mengikut bilangan murid di setiap kelas. Pada 20.10.1962 pembukaan bangunan baru dirasmikan oleh En.S.V.J.Ponniah JMN.PIS Pengarah Pelajaran Johor (Cheef Education office). Semasa itu sekolah ini mempunyai guru seramai 8 orang dan murid sebanyak 174 orang.
Dalam proses perkembangan , sekolah ini telah mengalami satu peristiwa di mana satu mogok telah diadakan oleh ibubapa dan guru-guru. Mogok ini bermula pada 29.05.1962 dan berlanjutan selama tiga bulan. Mogok tersebut telah berakhir pada 26.08.1962 dengan campurtangan pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Guru-guru baru telah ditempatkan di sekolah ini bagi menggantikan guru-guru lama. Ibubapa telah berpuas hati dengan tindakan ini dan suasana sekolah baru.
     Pada tahun 1970 ,sebuah bilik tambahan dibina untuk kegunaan pejabat sebagai bilik guru besar. Dari semasa ke semasa pembinaan pengubahsuaian bilik bagi tujuan kantin, bilik guru, bilik stor dan sebagainya telah diadakan. Usaha telah dibuat untuk masukkan air paip dan elektrik pada tahun 1992. Pada tahun 1994, tapak sekolah dahulunya dibawah hak milik majikan dan pengurusan Ladang Kim Loong telah menukar kepada projek perumahan dan perindustrian. Kini padang sekolah ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran dan telah membina SK Desa Cemerlang dua bilik tandas juga telah dibina bagi menggantikan yang lama dengan peruntukkan sebanyak RM 9 500 dari ADUN Kawasan Tenggaruh Kluang.YB A.Singgatore dan sumbangan PIBG sebanyak RM 2 500.
     Pada bulan November 1995, dua bilik darjah dibina atas daya usaha PIBG dan ibubapa di kawasan ini telah siap pada bulan Februari 1996. Bilangan murid juga bertambah kepada 271 orang dan tenaga guru bertambah dari 14 ke 16. Sepanjang tahun ini, sekolah ini mengalami banyak perubahan. Semakin lama semakin bertambah bilangan murid. Pada akhir tahun 1996, jumlah murid telah bertambah kepada 278 orang dan bilangan guru bertambah 17 orang. Sebuah bilik darjah berasingan ditambahkan menjadi bilik guru besar.
    Satu bilik khas dibina untuk tujuan mendirikan bilik perpustakaan, menggantikan bilik darjah yang diubahsuaikan dahulu. ADUN Kawasan Pasir Gudang YB K.S.Balakrishnan telah memberi peruntukkan sebanyak RM 15 000. Sekolah ini terus berkembang dan terus meningkat bilangan murid.
Sekolah ini telah menerima sumbangan sebanyak RM 20 000 daripada Kim Loong. RM 20 000 daripada Panoramik dan RM 30 000 daripada YB Dato K.S.Balakrishnan. Dengan sumbangan yang diberi sebuah bangunan baru yang menelan belanja sebanyak RM 123 000 telah dapat dibina pada tahun 1997 bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah iaitu lebih kurang 300 orang murid. Pada tahun 2001 pertambahan murid meningkat menjadi 400 orang dan tenaga pengajar pula bertambah kepada 23 orang. Pada tahun ini pengubahsuaian sebuah bilik darjah kepada bilik komputer dan pengubahsuaian kantin diadakan . Pada tahun 2002 pula sekolah ini di naik taraf ke sekolah Gred ‘A’. Bilangan murid semakin meningkat kepada 430 orang dan bilik darjah tidak mencukupi.
     Maka pada tahun 2002 atas bantuan peruntukkan sebanyak RM 20 000 daripada MIC Negeri Johor dapat membina sebuah bilik darjah. Pada tahun 2003, bangunan tambahan dibina untuk menampung Guru-guru Penolong Kanan seramai 4 orang dengan peruntukkan sebanyak RM 15 000 daripada YB Dato K.S.Balakrisnan. Pada 2004 sebuah makmal sains dibina dengan peruntukkan sebanyak RM 30 000 atas daya usaha Dato K.S.Balakrisnan. Begitu juga peralatan pejabat dan makmal sains peruntukkan sebanyak RM 3 000 oleh MIC Bahagian Tebrau En.Sooria Narayanan.
     Pada tahun 2006 kami mengatasi masalah kekurangan bilik darjah kerana peningkatan kemasukan murid yang yang ramai. Rancangan untuk membina bangunan tambahan 4 tingkat telah mula dibina dengan kos RM 2.2 juta. Pada 16.11.2006 ( Khamis ), jam 4.30 petang Y.B. Dato Sri S.Samy Vellu telah melawat ke sekolah ini. Kunjungan beliau adalah dari hasil jemputan dariPIBG sekolah ini untuk melihat keadaan sebenar sekolah dan beliau memberi jaminan untuk membina bangunan 4 tingkat. Beliau juga telah menyumbang sebanyak RM 500 000.00. YB Dato K.S.Balakrishnan telah menyumbang sebanyak RM 650 000.00 . Ahli Parlimen Tebrau YB Teng Boon Soon telah menyumbang RM 100 000.00. MIC Kawasan Tebrau telah menyumbang sebanyak RM 30 000.00.
    Bangunan telah disiap pada 11 November 2007. Pembangunan 4 tingkat dibangunkan dengan begitu pesat dengan hanya RM 2.2 juta. Pada 13.12.2007 Jawatankuasa GOOD WILL DINNER diketuai oleh En.K.Nagalingam telah diadakan dengan begitu penuh meriah di Pekin Sutera Restoren untuk mengutip dana bagi menjelaskan hutang.Jamuan ini telah dirasmi oleh YB Dato Seri S.Samy Vellu. Pada hari yang sama kunci bangunan baru telah diserahkan kepada Guru Besar Pn.LPK.Rajamani.
Pada 03.01.2008 Murid-murid telah melangkah ke bangunan baru 4 tingkat untuk memulakan era baru di sejarah SJK ( T ) Desa Cemerlang atas inisiatif YB Dato Seri S.Samy Vellu. Keceriaan sekolah,pagar tembok,dataran kereta,gelanggang badminton,tapak perhimpunan,pondok bacaan,pondok rehat, pondok jaga,naik taraf padang,kolam teratai telah dibangunkan atas usaha Pengerusi Pembangunan En.K.Nagalingam dengan kos lebih kurang RM 500 000.00.Selebih hutang bangunan 4 tingkat RM 610 000 00 telah dibantu oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Seri Hishammuddin Bin Hussein pada 12.10.2008.
    Pada 17 Mei 2008 PIBG telah memohon menukarkan status sekolah kepada sekolah kerajaan. Pada 23.10.2008, SJK(T) Desa Cemerlang telah di isytiharkan sebagai sekolah kerajaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini pula, SJK(T) Desa Cemerlang semakin meningkat dari segi keceriaan, prestasi dan juga bilangan murid serta tenaga pengajar. Jumlah murid sekolah ini 545 orang dan tenaga pengajarnya seramai 35 orang.